Kalau korang suka baca diari orang, mungkin korang suka
baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum
tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.
Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada
dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah
realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa
pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim
(koh koh), dan yang paling penting mengenal diri korang sendiri.
====================
ISBN: 978-967-369-279-8
Size: 5.3 x 7.6
Muka Surat: 252
Berat(kg) : 0.29
====================
SIAPA MATLUTHFI
Jelasnya,
Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji
beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi
tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.
Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia,
Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun
kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana
'Matluthfi90', duh.
Matluthfi
mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi
viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan
Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."
Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.
Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan,
Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali
Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada
dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya
mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.
Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi
telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW
Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang
paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)
Jom beli..klik